



Pelbagai sesi kelas percuma telah disediakan untuk membantu anda menjadi lebih bersedia menghadapi dunia sebenar. Dari kepimpinan visual hingga penggunaan teknologi seperti ChatGPT, semuanya direka untuk anda. Lihat senarai kelas yang ditawarkan, dan klik kelas untuk daftar segera.
Program ini melatih pelajar menggunakan teknik Visualization Through Freehand (VTF) bagi menyampaikan idea secara jelas, menarik dan berkesan. Ia membina keyakinan diri, kreativiti, pemikiran strategik dan kemahiran komunikasi visual untuk pembelajaran serta persediaan kerjaya masa hadapan.
Program keusahawanan digital yang lengkap dengan latihan praktikal, bimbingan mentor industri dan akses platform digital. Membantu pelajar IPT menjadi usahawan muda berdaya saing, berpengetahuan luas, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan serta ekonomi digital masa kini.
Latihan intensif yang membimbing pelajar menghasilkan prompt berkualiti secara tepat dan kreatif. Memudahkan penulisan, pembelajaran, penyelidikan serta mengoptimumkan penggunaan AI dalam tugasan akademik, kerjaya profesional dan persediaan menghadapi cabaran dunia pekerjaan moden.
Program pembangunan diri yang memberi tumpuan kepada pengurusan masa, pengurusan kewangan serta kemahiran pengucapan awam. Membantu pelajar menjadi lebih berdisiplin, teratur dan yakin dalam kehidupan harian serta persediaan memasuki alam kerjaya sebenar.
Fokus kepada penjagaan penampilan diri, bahasa tubuh dan kemahiran temuduga. Program ini membantu pelajar membina keyakinan tinggi, tampil lebih profesional dan bersedia menghadapi cabaran alam pekerjaan dengan penuh yakin, teratur, matang dan berkesan.
Membantu pelajar mengenali diri melalui ujian personaliti warna, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Meningkatkan kefahaman kendiri sebagai asas membuat keputusan lebih bijak serta merancang masa depan dengan yakin, terarah dan penuh keyakinan.
.png)
Tunjukkan bakat kreativiti video anda dan menangi hadiah keseluruhan berjumlah RM5200.00
Kami mencari pelajar yang kreatif untuk tunjukkan bagaimana WiFi di universiti anda yang telah dinaiktaraf dapat memberi impak positif kepada kehidupan harian anda sebagai pelajar. Jangan lepaskan peluang untuk anda kongsikan pengalaman sebenar dan menangi hadiah-hadiah menarik!
Rakam satu video pendek (maksimum 60 saat) mengenai kelebihan WiFi di universiti anda yang telah dinaiktaraf. Berikan REVIEW atau pandangan anda tentang hasil projek WifiUni serta kebaikannya kepada pelajar.
Muat naik video/reels anda di TikTok/Instagram/Facebook/X. Sila nyatakan lokasi kampus anda & tunjukkan sambungan WifiUni yang dinaiktaraf telah memberi impak positif kepada anda.
Syarat utama ialah pastikan anda menggunakan hashtag berikut dalam semua hantaran media sosial: #WifiUniDahPadu #uniputra #MCMC #KementerianKomunikasi #KPT #MalaysiaMADANI #XPERTS.MY #WEARETHEXPERTS #Promajadi #YWP dan tag account: UPM, MCMC, XPERTS.MY Promajadi dan YayasanWibaPrima.
Isi borang di bawah dan sertakan link hantaran media sosial anda di dalam borang supaya kami boleh membuat penilaian.
Program Laptop2Learn anjuran Yayasan Wiba Prima, XPERTS.MY dan Sambong Future merupakan inisiatif bantuan Laptop untuk memastikan pelajar IPT daripada golongan B40 dapat mempunyai peluang yang sama dalam mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti demi mencapai matlamat akademik yang diimpikan.
Program Bantuan Yuran Pelajar oleh Yayasan Wiba Prima, XPERTS.MY dan Sambong Future merupakan inisiatif kewangan khas untuk membantu pelajar IPT daripada golongan B40 mengurangkan beban bayaran yuran, demi memastikan kelangsungan pembelajaran dan pencapaian akademik yang lebih baik.
Sumbangan khas untuk pelajar B40 bagi meringankan bayaran yuran pengajian. Mohon sekarang dan teruskan belajar tanpa beban kewangan!
Jadikan cuti semester anda lebih bermakna dengan pendedahan dunia kerjaya sebenar! Sertai kami dan dapatkan pengalaman hands-on yang boleh mengukuhkan resume anda.